Mengapa Ibadah Solat Tidak Membangunkan Insan?

Assalamualaikum.

 

"Islam dibina di atas lima perkara : Mengucap dua kalimah syahadah (Lailahaillah Muhammadur Rasulullah), mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji". (Diriwayatkan oleh Al Bukhari dan Muslim).

 

Solat itu adalah tiang agama, namun sejauh mana solat itu dapat menjadi tiang kepada diri kita pula? Adakah kerana solat itu sendiri yang bermasalah atau diri kita yang bermasalah? Adakah solat sahaja' kita sudah dikira menegakkan Islam? Walaupun solat itu dalam keadaan leka dan lalai. Wallahualam. Urusan penerimaan solat hanyalah urusan Allah!

 

Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah... Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu. Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :

 

1 . Tahap ilmu

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya secara detail melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal. Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Bila mana Allah suruh kita solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat , maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

 

2 . Tahap kedua: menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati. Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

 

3 . Tahap ketiga :menjadi tabiat dan istiqamah

Maknanya solat itu sudah menjadi amalan dalam hidupnya secara istiqamah. Tidak perlu dipaksa-paksa lagi. Sebab itu di dalam Islam, para ibubapa hendaklah mengajar anak-anak solat semenjak umur tujuh tahun lagi dan anak-anak tadi boleh dipukul ketika umur sepuluh tahun ke atas sekiranya mereka cuai dan meninggalkannya. Tujuannya supaya solat itu menjadi tabiat dan kebiasaannya sehingga ke akhir hayat.

 

Kemungkinan juga saudara/ri terasa berat untuk mengerjakan solat kerana tidak merasai kebesaran dan keindahan solat itu sendiri. Bila menyentuh soal solat ini , kita tidak boleh menganggap bahawa kita sedang surut ke belakang semula. Sebenarnya tidak, kerana solat adalah perkara yang penting.

Kalau hendak dilihat pada kepentingan solat adalah seperti berikut :

 

  • Ia merupakan tiang agama

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama.

 

Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap - ada atap,tiang, dinding, ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat. Sebab itu kalau kita hendak membina bina Islam yang syumul... solat hendaklah mula-mula kita kemaskan. Segala kerja-kerja kita dalam apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat... ertinya tertipu dalam hidup.

 

  • Amalan yang mula dihisab di akhirat

Ia akan mula-mula sekali diperiksa di akhirat. Jika ia baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

 

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

" Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi &ldots;.. (Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).

 

  • Mengandungi ikrar setiap hamba

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

 

Ikrar itu jelas di dalam doa iftitah iaitu ketika mengucapkan :"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku daan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam".

  • Menggambarkan amalan-amalan para malaikat

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.

 

  • Bermacam-macam bentuk ibadah

Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.

 

  • Melibat seluruh anggota lahir dan batin

Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.

 

Malah berbagai lagi kelebihan dan kebesarannya yang tidak dapat dinyatakan di sini.

Mengapa Ibadah Sembahyang Tidak Membangunkan Insan


Dalam era membaiki diri ini, kita nilaikan sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya, mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.

 

Golongan Pertama

 

Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tidak sembahyang, bahkan ramai juga yang tidak tahu hendak sembahyang; mereka telah jatuh kafir. Imam Malik berkata bahawa jatuh kafir kalau tidak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.

 

Golongan Kedua

 

Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah Taala.

 

Golongan Ketiga

 

Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik; ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.


Golongan Keempat

 

Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang jenis ini.

 

Golongan Kelima


Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati maksud dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

 

Golongan Keenam

 

Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali di dalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu di dalam sembahyangnya, teruslah terbawa-bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba- tiba, maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan di dalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah. Yang sedar dan khusyuk itu mudah-mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga-moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada member kesan apa apa. Allah belum lagi cinta akan orang jenis ini.

 

Golongan Ketujuh

 

Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz di dalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah di dalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh atau golongan abrar ataupun ashabul yamin.

 

Golongan Kelapan

 

Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia di dalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit. Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah).

 

Golongan Kesembilan

 

Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai di dalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan di dalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka di dalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang semakin terasa lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

 

Setelah kita nilai keseluruhan sembilan peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk, boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan tujuh, lapan dan sembilan sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur, fasik dan zalim.

 

Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat atau sembahyang kita.

 

Marilah bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.

 

Wallahualam bissawab.

 

~ aman shah ~

"..man jadda wa jada.."

40150 Shah Alam

2 teguran dan kutukan:

ciklebah said...

solat.. mmg perkara berat bg sesetengah org tp juga perkara rutin bg sesetengah org yg lainnya..

for me, saya juga tergolong dlm salah satu golongan yg ada disebut di atas.. moga Allah beri kekuatan kepada saya..

nk merapu kejap kt cni... can i? huhu..

sebelum itu, untuk makluman anda, saya bukanla org yg suke semak karangan, jd tulisan ini, saya tulis sekali lalu tanpa disemak..
mana yg tidak betul boleh lah betulkan ye :)


iye, mmg saya tahu solat itu suatu tanggungjawab infact at home i did it penuh.. tp bila keluar jalan2 gn kawan2, hanyut.. ini dikira pecahkan rahsia sendiri ni, (kantoi kalau travel solat xpenuh!) but then, i think, ade je manusia seperti saya di tempat lain..

bukan mahu menyalahkan kawan2 tetapi surrounding kita play a big role kan? but then sejauh mana surrounding mempengaruhi kita, ia bergantung kepada diri kita..

situation pertama:

minah p travel sama2 gn kwn minah, kebetulan minah 'cuti' mase tu. tp minah tahu kwn2 die bole solat tp mereka xsolat.. minah tak tahu nk ckp cmne.. siapa yg bertanggungjawab atas benda ni? minah yg tak tegur kawan2 dia atau kawan2 minah itu sendiri sebab mengabaikan tanggungjawab solat itu sendiri?

situation kedua:

sepanjang pemerhatian didi, tipah bukanlah org yg solat penuh.. infact kdg2 tipah xsolat ataupun plg bagus sikit solat bila waktu dh nk abes.. tp bila tipah bersama2 senior2 nya, die solat je, infact penuh pulak tu! didi confused, sbb persoalannya,
kenapa tipah bila bersama didi, tidak pun bersolat penuh tp bila bersama senior, solat penuh..
oh, berprasangka buruk kah didi kepada tipah? tp apekah tindakan tipah itu betul? didi merasakan tipah itu,she's just being hypocrite.. oh sungguh byk situation yg bermain di minda, tp nk cite smp abes xsure bile abes nya...

ps: aman, maaflah.. blog anda menjadi sasaran saya untuk melepaskan tahap ketepuan otak saya yg sudah sampai ke tahap maxima ini...

sekian terima kasih..

maafla terpanjang! huehuehue

ciklebah said...

ade lagi nk share..

just a few days ago, i went to heilbronn, ade programm rentap..
ade explorace, bowling, bolat sepak n etc...

saye masuk explorace! :) hehe.. after explorace saye g tgk kwn2 yg bermain bowling, just wanna give them support..

just a few minutes b4 i angkat kaki balik ke hometown, one of my boyfriend approached me.. n out of nowhere kami termasuk bab usrah, bab org pakai tudung labuh n etc.

sbbnye die telah menceroboh facebook saya n tgk gambaq2 mase g daurah tu.. myb sbb tu kot kami termasuk bab ni..

he said to me: bunga, dengaq cita hang g no man's island (nama tmpt dirahsiakan) join puisi..

me jawab: bukan puisi lah, daurah..

he said again to me: bunga, aku tak mau hang ada pemikiran mcm budak2 kat sana tu..

me jawab: ape maksud hang?

he said: hang jgn ingt org tudung labuh semua baik.. hang jgn ingt aku rambut panjang, aku jahat.

me jawab: aku xpenah ingt hang jahat.

he said: xsemestinya nk dakwah kene ikut usrah..

me jawab: i agree wif u.. xsemestinya nk dakwah kene ikut usrah n xsemestinya org yg tudung labuh itu baik..

xlarat nk taip panjang2.. dipendekkan cerita..

because time was running out plus mase tu i hv to catch my train petang tu, jd dlm kalut2 i just ckp to him, nnt kita jumpa, kita bincang balik..

ulasan saya: saya g program 'agama' bukan untuk org lain tp lebih kepada untuk diri sendiri.for myself! it sounds selfish, as if mcm saye je yg poyo jd baik.

tp i oredi sent d email psl programm agama by UZAR tu kt kwn plus programm tu ade je dlm our website. so, saye rase everybody knows about that n diorg punye hak samada nk g ke x program tu, tiada paksaan.

yg keduanya, saye sendiri kurang selesa jika kwn2 ckp kt saye, "perghx bunga join usrah, g programm agama" kalau u xpegi or myb xinterested dgn benda2 mcm tu, just let it be.. no need to perli2 or sindir2 org lain kan?

emosi ke? huhuhu..

dh ckp panjang2 ni, kesimpulan yg dpt dibuat,

i dont know, how to survive dlm keadaan yg macam ni..
helpless

mcm lagu raihan, iman xdapat diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa..

karutan²... sekian