Bangunlah dari Mimpimu

Bismillah. Dengan nama Allah. Semua zat kelebihan itu hanyalah milikNya. Syukur kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.

 

Alangkah bertuahnya umat ini kerana dikurniakan seorang Rasul yang memiliki cinta agung yang tulus dan sejati terhadap umatnya. Baginda SAW mengungkapkan cintanya dengan ungkapan-ungkapan cinta yang paling murni dan sejati, termasuklah cinta seorang ayah kepada anaknya, seperti sabdanya,

“Sesungguhnya diriku bagi kalian bagaikan seorang ayah bagi anaknya.” (riwayat al-Darimi).

 

Sehinggakan saat nafas baginda Rasulullah SAW yang terakhir sekalipun, mulutnya masih lagi basah menyebut "ummati...ummati...ummati". Betapa sayangnya kekasih Allah itu kepada para umatnya. Betapa kasihnya baginda kepada kita semua. Adakah kita tidak merasa bertuah atas perasaan sayang itu? Adakah kita tidak bersyukur atasnya?

 

Demikianlah kuatnya kasih dan sayang Nabi s.a.w. terhadap umat baginda sehinggakan pada saat-saat akhir hayat terus resah memikirkan nasib umat. Antara yang paling dibimbangi Rasulullah s.a.w. sebagaimana diungkapkan dalam banyak hadis ialah senario perpecahan di kalangan umat Islam yang diakibatkan oleh pelbagai aliran pemikiran dan pertentangan pendapat.

 

Walaupun hakikatnya Islam tidak pernah menolak kepelbagaian pendapat, namun perselisihan yang menimbulkan pertentangan tajam sehingga menenggelamkan hakikat persamaan risalah dan matlamat ditentang sama sekali.

 

Jika diperhatikan secara objektif, kebanyakan perselisihan yang membawa kepada pertentangan dan perpecahan amat terkait dengan sikap fanatik terhadap pendapat sendiri, lantas cuba memonopoli pemikiran dan tiada kesediaan untuk menghormati pandangan orang lain. Ini bagaikan satu penyakit. Ya, satu penyakit iaitu penyakit mengkagumi pendapat sendiri. Ianya bagaikan wabak merbahaya yang sedang menjalar dalam urat saraf umat sehingga mereka tidak lagi mewarisi sikap dan adab para pejuang dan pendokong Islam terdahulu.

 

Umat Akhir Zaman

 

"Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya," Apakah kerana jumlah kami yang sedikit pada hari itu?"


Nabi saw, menjawab,"Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.


"Seorang sahabat bertanya, 'Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?' Rasulullah saw, menjawab, "Cinta dunia dan takut mati." (Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Dianggarkan, jumlah umat Islam di seluruh dunia sudah mencecah 1.44 billion. Jumlah yang bukan sedikit. Tetapi umat Islam yang hanya pada kuantiti dan bukan pada kualiti. Jika jumlah umat Islam sebesar sebegini pada zaman Rasulullah SAW, adalah tidak mustahil seluruh dunia adalah dibawah kerajaan Islam.

 

Perpecahan umat Islamlah yang menyebab kejatuhan kualiti umat Islam itu sendiri. Kita telah dipecahkan dengan pelbagai benteng yang tanpa kita sedari. Kita dipisahkan oleh sempadan-sempadan yang dicipta oleh manusia itu sendiri. Hal ini menimbulkan sifat kekitaan dalam diri setiap umat Islam. "Hal engkau, urusan engkau, hal aku, urusan aku". Dalam perasaan inilah kita semua terpisah dalam kesatuan yang meningkatkan kualiti hidup umat Islam.

 

Dalam masyarakat kita sekarang, cuba lihat sekeliling kita. Bagaimana perpecahan yang berlaku.

  • Kita memandang rendah 'mat-mat indon' dan 'mat-mat bangla'. Padahal mereka itu adalah saudara Islam kita. tetapi masih melabelkan mengikut negara yang dicipta oleh kita!
  • Orang parti U memandang enteng perjuangan parti P, dan parti P melabelkan 'keburukan' parti U. Kita telah disemakkan pemikiran dengan  kewujudan parti-parti ini.
  • Kita memandang enteng mamak-mamak berdasarkan bangsa itu sendiri. Kita mencipta kasta-kasta yang lahir tanpa sedar.
  • Penempatan yang mengkelasifikasikan manusia. terdapat kawasan orang miskin, kawasan orang kaya, kawasan orang elite dan sebagainya.

Cuba kita lihat masyarakat Malaysia sekarang. Orang-orang dibandar telah disibukkan dengan hal-hal kewangan. Secara diam telah mewujudkan sempadan dimana jiran sudah tidak bertegur sapa kerana masing-masing terlalu sibuk dengan urusan dunia. Masing-masing mengejar kemewahan 'sementara'. Begitulah kita disibukkan oleh hal kebendaan.

 

Orang-orang di kampung pula. Bersaudaraan terlalu bagus, kejiranan terlalu akrab, kesatuan terlalu aktif dan macam-macam lagi tetapi mereka juga telah dipisahkan dengan kewujudan parti-parti ini. "Hang parti U, takleh jadi imam" Sampai begitu sekali kita dipisahkan. Apabila seseorang itu tidak berada dibawah satu parti, secara tidak langsung telah wujud satu sempadan yang memisahkan kalian-kalian semua. Hal ini amatlah menyedihkan. Namun sekarang, satu parti pun ada juga yang sudah mula menunjukkan perpecahan dalam parti. Wallahualam....

 

Jika sebegini berterusan, kita akan terus menerus berpecah dan terus berpecah. Sehinggalah bagaikan kita hidup berseorangan di dunia ini!

 

Marilah Saudaraku

 

Bangunlah kita....

 

Sedarlah kita....

 

Kejutkan kita...

 

Janganlah kita terus lena. Janganlah kita terus tidur dalam buaian yang dicipta oleh musuh-musuh kita.

 

Ijtimak Malaysia 2009, Apakah tujuan ijtimak ini? Adakah sekadar tabligh yakni menyampaikan? Pada pandangan aman yang lemah ini, ijtimak ini bukanlah sekadar berkumpul dan kemudian membahagikan kawasan-kawasan dakwah, ini lebih kepada tempat untuk kita mengurangkan sempadan ciptaan manusia, tempat untuk kita menghidupkan kembali nilai-nilai yang diajar oleh Rasulullah SAW, tempat untuk kita bermuhasabah diri dan yang paling aman tertarik, bertujuan menghidupkan kembali fungsi-fungsi masjid. Ya, menghidupkan kembali jemaah-jemaah. Walaupun aman belum pernah berkesempatan mengenali para-para tabligh ini dengan lebih dekat, tetapi perjuangan mereka aman akur. Aman bersetuju dengan mereka. InsyAllah, suatu hari masa aman akan tiba juga!

 

Namun, kepada kita-kita yang belum kuat mendokong perjuangan tabligh-tabligh ini? Takkan hanya mampu berdiam diri sahaja? Tiada usaha dari kita? Jika hendak pergi pusat tabligh Malaysia di Sri Petaling itu 'dirasakan' jauh, takkan surau berhampiran rumah kita juga dirasakan jauh? Tepuk dada tanya iman....

Pray Jamaah

 

Jika ditanya pada setiap orang, pasti semua mengetahui fadhilat-fadhilat solat berjemaah bukan? Tetapi kita hanya lebih mengetahuinya sahaja tanpa mempraktikkannya?

 

"Seorang pemerintah Israel juga pernah berkata, mereka tidak akan gentar dengan umat Islam sekarang melainkan apabila solat subuh berjemaah menyamai jemaah solat jumaat. Cuba bayangkan, seorang yang bukan Islam sendiri mengakui kehebatan solat berjemaah." - Petikan Artikel lama (click here)

 

Allah sangat menyukai manusia yang mengamalkan berjemaah dalam setiap bidang perlakuan.

 

"Solat berjemaah itu lebih afdal (baik) daripada solat  bersendirian dengan 27x darjat" H.R.Bukhari dan Muslim


"Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha) maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi

 

"Sesiapa yang solat Isyak berjemaah maka bagaikan bangun (beribadah) malam dan (pada esok paginya) ia mengerjakan solat Subuh secara berjemaah  juga maka (pahalanya) bagaikan bangun semalaman (penuh).  H.R.Muslim & Ahmad

 

Dengan solat berjemaahlah, kita dapat merapatkan kembali perpaduan dan merobohkan sempadan-sempadan yang memisahkan kita.

 

Dengan berjemaahlah kita dapat mencarik-carikkan kain pemidang yang membahagiakan dua kawasan.

 

Dengan berjemaahlah kita menguatkan ikatan kesaudaraan kita semua.

 

Ayuh abang-abangku,

Ayuh adik-adiku,

Ayuh sahabat-sahabatku,

Ayuh kelasmate-kelasmateku,

Ayuh kejirananku,

Ayuh kamu yang membaca artikel ini,

Ayuh umat Islam walau dimana kalian.

Hidupkanlah kembali berjemaah itu.

Jadilah kita bangsa yang kuat!

Wujudkan kualiti dalam keislaman kita.

Jadilah kita masyarakat yang bersatu.

Agar gerun hati-hati musuh kita.

ayuhlah berubah.

kearah kebaikan.

tinggalkan jahiliyah.

kembalilah kepada yang Esa

 

 

Wasalam.

 

~ aman shah ~

"...man jadda wa jada..."

40150 Shah Alam, Selangor

2 teguran dan kutukan:

relax said...

salam... jom kita pi serang masjid..aa jangan bawak parang lak tp bawak la hati yang bersih hehehe :)

kayghani said...

sokong artikel ni,dari mula sampai habis..yg bandar dengan sibuk dgn cari duit..yg kg kuat ngan pegangan politik dia..