Berikut adalah 10 jenis orang yang main friendster : -
-Sukakan ikhtilat (pergaulan) lelaki dan perempuan. Kalau dah dalam friendlist tu ada campur laki pompuan, tak ke namanya ikhtilat tuh? Dah tu siap berbalas-balas testi lagi apa kejadah? "kaifa haluk", "ukhwah fillah abadan abada", "i love u, u love me". Abah engkau! Siap buat group-group 'usroh' la, 'dakwah' la, 'ukhwah' la. Alih-alih aku tengok dalam forum cerita benda-benda bangang jugak. Cintan-cintunla, cinta islamik la, mee cintan la. Benda-benda ilmiah tanak pulak bincang. Kepala hotak berjambul betul.
-Pembohong, penipu, kaki auta. Aku rasa orang paling kuat menipu kat dunia ni orang main friendster la. Pasal apa? Umur baru darjah 1 tak sedar diri tulis 25 tahun. Yang muda perasan nak mampus tua, yang tua nak mampus perasan muda. Tak ke pembohong namanya? Gatal tulis status married padahal belum kahwin pun. Tak pun tulis it's complicated la konon nak jaga ikhtilat. Kepala dia! Tu belum lagi favourite book, movie dan benda-benda alah lain. Tah betul tah tidak. Dengan sajak-sajak bodoh lagi kat about me. Tah pape tah.
-Suka show-off. Asal pergi melancong kat mana-mana mesti nak upload gambar. Walaupun tempat pelancongan tu hanya batu-bata, asal boleh nak upload gambar. Lagi la kalau jalan-jalan kat tempat yang cool macam europe ke turki ke apa-apa la. Bajet best la. Kalau tiba besday dia lagi la nak show off. Habis semua dia tayang dari kek besday sampaila hadiah besday. Apa kejadah tah. Ingat best sangat la besday dia. Boleh blah! Kalau upload gambar buku, meja, pensel, bilik, katil dan lain-lain objek bangang lagi la cam bangang.
-Bajet cun/hensem. Tunjuk gambar sendiri dengan pose-pose tertentu (yang dia ingat dah abis cun/hensem). Pastu edit sikit-sikit guna photoshop supaya nampak cool. Kalau dah hodoh buat la cara hodoh. Kalau cun/hensem pun, tak yah la nak berlagak nak mampus. Orang putih kata "Beauty is only a skin deep". Kalau aku toreh muka tu dah tak cun dah. Yang tak tahan tu amik gambar depan cermin la, tengah tido la, buat gaya L kat dagu la. Hek elehhh....bajet cool je
-Nak cari kawan/ kapel. Sepanjang obvervation aku, aku tengok orang main friendster ni ramai yang sebenarnya alone, takde kawan kat dunia realiti. Pakwe takde, awek takde kawan pun takde. So dia guna friendster nak cari kawan/kapel. Tengok mamat ni hensem sikit atau islamik sikit, mulala dia nak add. Tak pun tengok awek sorang ni macam cun je atau cam muslimah solehah ukhwah fillah, mula la gatal tangan nak add. Hek elehh kat friendster berani la kau. Kat luar kecut. Oi, nak cari kawan cari yang realiti la. Apa jadah kawan friendster. Anytime boleh add anytime boleh delete. Takde nilai perkawanan langsung. Sampah.
-Suka crappy material. Nama je muslim, tapi suka benda-benda sampah. Forward emel-emel bodoh. Konon taktik keji orang kafir tapi sebenarnya dia sendiri yang keji forward emel bodoh. Then, suka survey-survey things kat bulletin. Apa jadah tah tah survey diri sendiri. 'Pakai baju kaler ape?', 'Tengah buat apa?', 'Kali terakhir telefon siapa?'. Bangang. Orang yang buat survey pun jugak bangang. Pastu suka benda-benda superstitious. Kalau suka kaler merah maknanya kuat merajuk, kalau lahir zodiak capricorn maknanya perangai sengal. Siapa ajar? Abah ajar?
-Suka buang masa. Hanya dengan friendster, ramai yang dah tergadai masa dengan sia-sia. Bayangla kalau setakat reply-reply testi untuk benda-benda bodoh macam peristiwa kelakar kat university, rumah, tengah jalan, tak ke buang masa namanya. Untuk friendster sanggup berjam-jam edit layout bagi nampak lawa. Sanggup berjam-jam edit gambar untuk upload kat friendster. Setiap hari mesti nak login walaupun takde testi baru atau komen baru. Aih aku sendiri terasa bangang yang amat main friendster dulu.
-Suka tengok gambar lucah. Ada ke gambar lucah kat friendster? Ada la mangkuk. Tiap-tiap kali nak login pun dah ada dah tertayang. Dengan gambar pompuan nampak cleavage dadanya, tak ke gambar lucah tu? Tu belum dah login lagi tuh. Dah login lagi la. Pergh...klu first time boleh consider lagi 'rezeki'. Tapi kalau dah login banyak-banyak kali tu, apa jadah rezki lagi? Contohla, kau nak buat rehlah kat laut mati. Datang-datang je kau tengok ramai gile pompuan pakai bikini. First time datang rezeki la kan? Tapi dalam keadaan kau dah tau yg laut mati tu tempat pompuan berbikini selalu lepak, nak ke kau datang buat kali kedua? Itu bukan rezki lagi namanya. Itu namanya mangkuk hayunan.
-Perosak bahasa. Tak kisah la bahasa Melayu ke, English ke, Arab ke tapi yang pasti ramai di kalangan friendsterer ni yang perosak bahasa. Tak caya tengok jela testi-testi yang ditulis. Dengan short-form yg tah pape yg aku pun susah nak faham. Apehal pulak tulis 'sy sk awk, sy syg awk, sy rnd awk'?! Graduate dari sekolah tamil apa? Tulis je la 'saya suka awak, saya sayang awak, saya rindu awak'. Pemalas nak mampus. Ada hati nak sayang-sayang anak orang. Kerbau pun pandai taip penuh.
-Childish. Siapa rasa main friendster menyebabkan dia menjadi matang. Matang dalam kehidupan, matang dalam menangani masalah, matang dalam segala aspek. Sila angkat tangan. Dah angkat? Ok siapa-siapa yang angkat tangan tadi ketuk kepala 3 kali sambil kata 'mangkuk'. Dah tua bangka pun nak tangkap gambar bulatan kaki, bulatan tangan dan sebagainya. Dah besar panjang pun nak buat personality test la, kuiz la tah pape. Mengada je.
Sumber : 10 Jenis Orang Yang Main Friendster
P/s : Ni baru pasal friendster, tak termasuk facebook lagi, my space lagi, nasyid and friend la, dan macam-macam jenis social bookmarking lagi. Ada sedikit terasa dengan kata-kata itu. Namun, teguran kena terima. Jangan terasa semata-mata. Berusaha untuk kearah kebaikan! Ayuh aman.. Bangun untuk berubah ke arah kebaikan. Be a nice aman~ Lagipun, frienster sudah bohsan..huhu
19 teguran dan kutukan:
waw dasyat.. walaupun hanc dah jarang nak online friendster lagi. tapi on gak.tgk kengkawan ape crite. idup ag ke dia atau ade kesushan..
hanc trus terang hanc memang terbiasa gune shot form.. tapi bukan kerana Frnstr but kerana dulu selalu sms je keje @ malas.. sekarang dah bergelar pekerje rasa la nak beli reload.
masing2 ade pndapat sendiri tentang friendstr @ sewaktu degn nyer.. ape2 hal hanc cuke baca entry nie. betul gak kan pengjaran gak la.. so tQ..
aikzzz. lambat hanc jmpe blog nie. ape2 hal.. wassallam wa..
nice post i think..
bace post ni sambil tergelak2.. ngehehe
undeniable, mmg betul pun ape yg penulis tu ckp..
ayat yg plg xbole blah..
"Apa jadah kawan friendster. Anytime boleh add anytime boleh delete"
well, that's what life is all about
takder opinion yg salah
tapi sapa yg penah guna frenster mesti terasa
pasal short form
bukan saja guna dah terbiasa sebab nak jimat topup tyme message
btw
ni entry ni mmg bagus lah
nak copy n sebarkan kat semua makhluk frenter, facebook, myspace
biar semua terasa + sedar
@ hanc
penggunaan shortform itu dibenarkan, tetapi haruslah berpada seperti garis panduan yang dirangka oleh DBP.. aman pun guna shortform~~
@ quad core
dah dida kata "well, that's what life is all about" u try to be same like them, so.. if u don't want to be like them, don't use that word...kan...kan...
@ humbleServant
sapa makan cili dia rasa pedas..tak gitu adeq cute? cute ker? tp dah doc tu kata cute, cute jer laa~~~ huhu
hoho..perli aper..
",
maghah lu dgn friendster ni. ada apa2 ke? nsaib baik gua punya friendster stagnant hahaha...
like your observation...
semlm hanc de buka frinstr.. semua kengkawan bg tau yg ramai dah berpindah ke taggad dan facebook.. ermm dah ilang dah semuanyer hhoho... ape kata aman tentang taggad...??
haha..
menyentap je ika bce post nih..
perbuatan berani mati yg kurang sopan..
thnx kerana peringatan yg menusuk tertusuk..
penggunaan bahasa memang totally terok..
bahasa x berhikmah..susa org nk terima..
menimbulkan kemarahan sesetengah pihak..
walaupun isinya memang byk betul..
boleh dikatakan xde salah..
tapi cara penyampaian mungkin boleh buat orang sentap menyentap..
ahha..dan yang pasti sesungguhnya ika memang ade friendster..
alhamdulillah pasal details belum ade niat tipu sebab xmendatangkan modal..
bab gambar,tepat skali..haha
bab ikhtilat stakat nih belum sempat ada hati kat memane user fs..
show off??
ahah..ma xajar menipu la..
bajet cun??
tepat bro
nak cari kawan/kapel??
haha..bukan kat fs tmpatnye..kat mak..
crappy material??
abah ika xajar plak bab2 colour nih..abah ajar mcm mne bersopan ng org je..hehe
buang masa??
rse nye kalu blogging pon sme je 2 kali 5 je sebenanyedgn fs..edit blog lawa2 smpai berjam2 padahal yg org nk tgk kan isi nya..aih same je la ng ika..haha
gambar lucah???
xpandai la bab2 pornografi nih..ma xpenah ajar plak..
perosak bahasa?
kadang2 kesibukan terhadap komitmen lain membataskan masa yg ada utk menaip..kata lah kalu tgh chatting,n tetibe masuk waktu solat..xkan nk blah gitu je..kan xsopan..hihi..lucu2 bile tgk kerbau mana la yg pndai taip penuh2..hebat kerbau tuh pndai lg dr manusia..
childish??
"Dah tua bangka pun nak tangkap gambar bulatan kaki, bulatan tangan dan sebagainya."mereka2 yg tau nilai setiap detik kenangan dgn kawan2 akn buat 'keje bodoh nih'.=)kenangan manis kalau dikenang buat hati jadi tenang..bila hati jadi tenang hilang segala amarah pada orang lain..kan elok?=)nih pendapat ika..haha
walaupun ika xmakan cili mmg dah terasa panas pedas meletup ni..hahaha..thnx lg byk2 utk peringatan..tapi bahasa kena lebih terjaga..byk gak bhsa2 kasar nih..sbg pelajar yg 'lurus' dan 'mudah terpengaruh',aish..mudah ika nk terikut ni..bahaya2..haha
thnx lg skali utk post kali nih..=)
smoga post yg akan datang lebih berhikmah..
dah bookmark nih..favourite blog=)
saLam.
w0h! sGt bEst pOst ni..tErasa abess..
hehe..[sori ler gune short f0rm]
hehe..
bgos..m0hon c0py paste artikle ni utk sebarkn boleh??
hmm...dlm pRoses mninggalkn laman2 web cmni...
sYukran..!!
~Nurzalikha
panjg nyer comen... pawer2.. lalu sini sat kaco nur... hehehe...
@ humbleServant
Terasa ker? huhu...perli tanpa niat okke~~
@ doraemon1972
bro mus...tak marah aih...saja2 jaa...haha...
@ hanc
semua2 jenis social bookmarking ni, aman ada account dia...tapi sekadar pemerhati jaa...hehe...tagged yang tak suka nya, banyak sgt gambar2 kurang......(paham2 laa)..facebook akke laa juga...aman masuk main game jaa...hehe
@ Nurzalikha binti Othman
Mak aii...ni karangan ker komen ni..huhu...apa ika komen, dari perspektif ika..tapi adajuga kebenaran nya...huhu...jgn terasa-terasa yaa...sekadar berkongsi ngan kawan2 jer...
@ tqa
copy aa tqa...tiada copyright dalam Islam..boleh dicetak beberapa kali sekalipun...hehe..tetapi seeloknya di link kan ke author nya, sebab memudahkan urusan pertanyaan dan kemusykilan..
@ hanc
biasa laaa tu hanc...aman tak kesah nak komen panjang mana skali pun..hatta komen itu sendiri lebih panjang dari post aman..hehe..
Pendapat saya, more than 80% - friendster crap.
Tapi still maintain sebab nak tahu updates tentang kawan2...benda ni bergantung pada niat masing2 la...
Aman...
Bagi Sha yg penting niat..
Niat tuu penting..^^,
niway..nice artikel..^^,
tatkala jari jemari menari di keyboard tiada lagi kesedaran tentang panjang karangan yang terhasil..
hahaha..
bese ar nih nk praktis wat karangan utk spm nanti..
haha..
klu dapat A1 nanti memang ika tabik ar kat abg aman sbb post entry nih..
hahaha
=))
salam ya akhi..kaifahaluka..ukhwah fillah
sesungguhnya Islam itu damai dan sejahtera maka bercakap baiklah kamu dlam mengkritik..sesungguhny perkataan yang tajam itu boleh menyebabkan hati org sakit dan org yg bercakap itu akn merasa bangga maka hindarkanlah dari perkara itu..bercakap lemah lmbutlah kamu kepada sasaran kita sebagaimana Nabi junjungan kita dalam menegur sesorang dengan penuh hikmah..harap enta dapat trma tguran dari ana..perkara ini bukan utk anta tapi untuk sy juga..sebab sy juga mengur org dgn hmpi sama cara dgn enti buat org trasa tpi sekurang2nya kita tgur mengur..jgnlah sebut perkatan yg kesat..Islam tidak mengjarkan kita berkata2 kesat.
@ AdeepFarouq
Dalam buruk tu, kadang-kadang ada juga baiknya...pada kita laa mcm mana hendak mentafsirnya
@ Qalam Aisyiq
Niat baik, tapi cara salah...tetap jadi salah juga kan?
@ Nurzalikha binti Othman
Tak per ika...tulis laa panjang mana pun...seronok membaca hasil tangan org...semoga beroleh A1 ya~~
@ Mohd Hazriq
terima kasih atas teguran itu...hidup kita hendaklah saling tegur menegur...
kalau kita melihat sesuatu tu positif, positif la jadinya.kalau melihat sesuatu tu negatif, negatif la jadinya.friendster ka, apa ka.semua yang ada kat dunia ini ada baik dan buruknya. kat frienster pun boleh ja nak tambah ilmu. add lah orang yang selalu post bulletin yang ilmiah bukan merapu.
Post a Comment