Indahnya Akhlak Rasulullah

بسم الله الرحمن الرحيم

 

Suatu hari, Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sesiapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira.

 

Hadiah itu dimakan oleh baginda Rasulullah SAW seulas demi seulas sambil tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat. Tidak kira sedikit atau banyak. Namun kali ini tidak. Tidak seulas pun diberikan kepada para sahabat. Rasulullah SAW terus makan sambil tersenyum, sehingga habis kesemua limau itu. Kemudian, wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah SAW.

 

Sahabat  - sahabat agak kehairanan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan

 

"Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada antara kalian yang akan mengenyet mata atau memarahi wanita berkenaan. Saya bimbang hatinya tersinggung. Sebab itu saya habiskan kesemuanya."

 

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang  dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin  mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan  hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

 

 

Wallahualam...

 

 

Moral of the Story:

Kalau ada orang yang tak pelawa makan tu, tak ajak/panggil makan ke, jangan ingat dia kedekut tapi mungkin masakannya tak sedap. Biar dia saja yang makan. Hehe..

 

 

P/S : Tengah dalam kekecewaan. Masih lagi dalam berprasangka baik. Bila susah cari aku, bila nak kawen, jemput pun tidak. Tak kisah lah. Mungkin kahwin baget kot.

3 teguran dan kutukan:

relax said...

terpikat saya dengan akhlak rasullah

Anonymous said...

aku terkagum dgn poster tu.terus buat desktop background.nak buat frame bole?

~ aman shah ~ said...

dipersilakan