wujudkah persahabatan Adam & Hawa?

Assalamualaikum. Post ini dihasilkan atas perbincangan lanjutan dari Forum iLuvislam.com bertajuk : Lelaki dan Perempuan : Bolehkah menjadi kawan baik?

TEMAN tapi mesra

 

Ini bukanlah lagu nyanyian dari kumpulan seberang. Lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Ratu itu. Ungkapan 'Teman tapi Mesra' sering kedengaran di bibir anak muda, tetapi kadangkala mengelirukan bagi sesetengah pihak, namun yang pasti ia merujuk kepada perhubungan antara lelaki dan perempuan.


'Berkawan biar seribu, berkasih biar satu'. Sering kita dengar bukan. Dalam konteks ini, berkawan itu, tidaklah menjadi satu kesalahan. Malahan, jika kita pandai dalam berkawan, ia akan membawa kegembiraan kepada kita. Menjadikan hari-hari kita semakin berwarna dengan kehadiran kawan-kawan di sekeliling kita.

3019032285_9be870cae2_b


Dalam memilih persahabatan, hendaklah kita pandai memilih siapakah kawan kita tersebut. Kerana, jika salah memilih kawan, nescaya ianya kelak akan memakan diri kita juga. Islam juga mengajar umatnya memilih tata cara yang baik-baik agar perhubungan persahabatan itu di atas tali yang suci.


Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, berkata hubungan di antara lelaki dan wanita tidaklah ditolak secara totalnya. Bagaimanapun, beliau menggariskan beberapa syarat dan panduan hubungan di antara kedua-dua jantina terbabit, dengan saling merendahkan pandangan dan memastikan tiada pandangan yang disusuli nafsu.


Menurutnya, wanita Islam juga patut prihatin terhadap kod pakaian Islam, yang menutupi seluruh badan, tidak ketat dan menggambarkan bentuk badan. "Akhlak yang umum sepatutnya diamalkan. Dalam perkataan lain, seorang wanita sepatutnya serius dalam ucapan dan tertib cara berjalan dan melawan godaan syaitan. Tiada wangian dipakai dari rumah."


Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Mana-mana wanita yang memakai wangian dan kemudian berjalan melalui sekumpulan lelaki dan mereka mencium wangian itu, dia adalah penzina."

Rujukan lepas untuk kod pemakaian : Etika Pemakaian Muslim


Al-Qaradawi juga berkata, lelaki dan wanita (bukan mahram) tidak dibenarkan bersama di satu tempat yang tiada lelaki lain.


Bagaimanapun, perkembangan mutakhir mendapati fenomena memiliki 'teman istimewa' atau bahasa pasarnya buayapren dan gelipren kian menjadi-jadi, seolah-olah ia suatu kebiasaan.Bagaimanpun, apabila teman terbabit berkelakuan di luar jangkaan, timbullah keburukan, malah bagi pelajar prestasi pelajaran merosot, selera makan menurun, bahkan untuk hidup pun tidak bersemangat.


Bekas Presiden Masyarakat Islam Amerika Utara (ISNA), Dr Muzammil Siddiqi, berkata Muslim memang sepatutnya mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang, lelaki dan wanita, di sekolah, tempat kerja dan kawasan kejiranan. "Tetapi Islam tidak membenarkan mengambil orang bukan mahram sebagai kawan rapat kerana hubungan seperti itu kerap membawa perkara haram."Ini memungkinkan mereka melakukan dosa atau menghabiskan banyak masa bersama," katanya sambil mengemukakan ayat 25 Surah an-Nisa sebagai satu hujah atas dakwaan berkenaan.


Jurnal Persatuan Perubatan Amerika ada melaporkan, peningkatan bilangan gadis mengadakan pertemuan sosial, berisiko berdepan dengan kekejaman, hamil, penderaan, bahaya tingkah laku seksual dan membahayakan diri.


Sheikh Ahmad Kutty, dari Institut Islam Toronto, Kanada, berkata pertemuan sosial tentu tidak dibenarkan. Menurutnya, Islam melarang umatnya berdua-duaan dengan pasangan berlainan jantina kecuali hubungan persaudaraan atau perkahwinan.


Nabi Muhammad s.a.w menegaskan: "Apabila seorang lelaki dan wanita duduk bersama mereka ditemani teman ketiga (yang membisikkan kejahatan kepada mereka)."

Konteks Perhubungan Berlainan Jantina

 

Inilah firman Allah ta’ala”

6-16-2009 12-05-02 AM

” dan orang2 beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat makruf dan mencegah mungkar.” AQT 9: 71

 

Dalam konteks ini, tiada halangan lelaki dan perempuan ajnabi berkawan dan bersahabat serta liqa’ atau pertemuan dalam bekerjasama dalam perkara2 kebaikan: menuntut ilmu, program-program kebajikan dan jihad.

 

Perincian Dr Abdul Halil Abu Syuqqah (sahabat Dr Qardhawi),


1. Pertemuan dan kerjasama itu hendaklah dalam suasana serius
2. menahan pandangan
3. menghindari berjabat tangan
4. mengenakan pakaian yg menepati syari’at
5. tidak bersesakan dan elok jika ada pemisahan
6. menghindari khulwah (berdua-duaan di tempat sunyi), namun boleh jika:

  • khulwah di kawasan awam yg ada orang ramai
  • beberapa lelaki dengan seorang perempuan
  • seorang lelaki dengan beberapa perempuan..

7. tidak terlalu lama dan berulang
8. menghindari tempat yg mencurigai
9. menjauhi perbuatan dosa

 

Etika khusus wanita jika keluar mengadakan pertemuan dengan lelaki:

 

1. jika bercakap tidak menggunakan bahasa yg lunak dan gaya yg menggoda
2. berjalan dengan sopan dan tertib
3. elakkan pergerakan yg manja dan menggoda
4. tidak memakai parfum/pewangi
5. serius dlm berbicara

 

P/S : Jangan jadikan alasan-alasan di atas untuk menghalalkan perbuatan 'berdating' . Terutama berdating dengan mengguna pakai faktor ke 6.

 

Sekadar perkongsian yang tidak seberapa.

1 teguran dan kutukan:

ahya_ijja said...

Salam alaik.. Perk0ngsian yg sgt baik aman..heh, leh link kan entri ni sbg kesinambungan entri si syawal..bgus2..m0ga yg blur da crystal clear ttg ni..