Aku Menulis Hanya Kerna Nama!

Assalamualaikum.. Satu lagi post yang akan menerima kontroversi selepas post

Ada Apa dengan Friendster? Memang menarik, aku post ini untuk nasihat akan diri aku sendiri, tidak lain dan tidak bukan. Tapi kalau ada yang terasa dengannya, harap mohon maaf ya. Hidup ini tak best la kalau tidak dikongsi bersama kan? "Sharing is Caring"

imtihan

Sambil diiringan petikan gitar Ramli Sarip...
Mode:- Muhasabah


Ketika tulisan mulai jadi sebutan orang
Ketika pendapat di blog dipuji-puji
Ketika 'post' di Forum mendapat penghargaan
Ketika idea-idea dikatakan sangat bernas


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Terangsanglah semangat mencari idea-idea segar
Terangsanglah untuk mencari bukti-bukti menguatkan argumentasi
Terangsanglah untuk 'komen' di blog orang lain, untuk promosi blog sendiri
Terangsanglah untuk mem'famous'kan diri sendiri!


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Niat asal sudah lari
Niat bukan lagi untuk tujuan dakwi
Niat kini untuk promosi diri
Niat kini untuk naikkan NAMA sendiri!


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Dalam blog:
Tiap hari 'check' brape pelawat dah datang arini?
Tiap hari 'check' brape 'comment' dalam entri kali ni?


Dalam forum:
Tiap hari 'check' brape respon untuk 'post' tempoh hari?
Tiap hari 'check' brape 'post' lagi nak naik status ni?


Tiap hari...cari ruang promosi NAMA sendiri
Sebabnya...

Aku Menulis Hanya Kerna NAMA


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...


Tulisan ini bukan untuk mencela sesiapa
Tulisan ini bukan untuk menyalahkan sesiapa
Tulisan ini bukan untuk mereka-reka cerita
Tulisan ini buat renungan diri SENDIRI la!


Astaghfirullahal 'azhim...Astaghfirullahal 'azhim...

 

6-5-2009 3-39-56 PM
Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat." (An Nasr 110:3)

 

 

P/S : Aii...takkan terasa sorang jer kot? Tak nak kongsi dengan kawan-kawan yang lain ker?

 

Karya Asal : Aku Menulis Hanya Kerna Nama!

8 teguran dan kutukan:

humbleServant said...

kita takkan sentiasa berada di atas landasan


kadangkala tergelincir
kadangkala ok jer

kerana apa
kerana hanya Dia yang Maha sempurna

papehal baca post ni
terasa gak ah :(

azzahra_solehah said...

salam...

ish3...terkena gak skit...Astaghfirullah...beristighfar byk2..btl2kn niat balik..

akak copy eh aman pny entry ni...
nk masuk dlm blog...bg kawan2 lain bace...moga kite semua dapat manfaatnye...insyaAllah...

Anonymous said...

Haha...syukran...gud entry...
barakallahufik...amin

tqa.awesome said...

salam,,
syukran mngingatkn!!

ciklebah said...

wah ade gak ek org buat blog kerana nama? huhu..

name pun manusia, mcm2 ada.. kan? kan?

dlu rase, eii ntah pape je blogging, kene update selalu etc..

as time goes by, terfikir la bhw blog ni bole gak jd buku nota agama kite.. tinggal taip sahaja..

p/s: enable kn anonymous la.. special request drpd quad core

~ aman shah ~ said...

@ humbleServant

kadang2 kita tergelincir juga, sebab itulah adanya sahabat untuk menegur kita kembali. Agama itu kan nasihat untuk kita


@ azzahra_solehah

laa...masyitah terasa? even belog tak berupdate pun terasa juga?huhu...copy laa...kurang2 tak laa bersawang sgt belog akak tu.


@ tintamurabbi

biasa2 ajer....hehe,,,sekadar perkongsian dgn kawan2...


@ tqa

agama itu kan nasihat, so kita haruslah saling ingat mengingati~~


@ quad core

macam orang, macam ragamnya. permintaan untuk anonymous tidak dapat ditunaikan~~atas sebab2 keselamatan....


@ Rantong

terima kasih atas perkongsian itu...sama2 pakat amalkan sesuatu yang baik~~

Anonymous said...

Izin cilok entry ye..

~ aman shah ~ said...

@ Nurul Nazwa Rafaie

Dipersilakan...letak link dia untuk sebarang pertanyaan kelak...